Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kes Penipuan Atas Talian Meningkat Pada Tahun 2016

Kerajaan sedang serius ingin memperkasakan rakyat untuk mempelopori bidang perniagaan atas talian. Tahun lalu Datuk Ahmad Maslan mencadangkan rakyat supaya melakukan dua kerja bagi menambahkan sumber pendapatan. Perniagaan atas talian ialah antara ruang pekerjaan kedua yang dianggap paling mudah dilakukan. Tidak mengejutkan sejak dua tahun kebelakangan ini kedai atas talian tempatan yang menggunakan platform Facebook dan Instagram tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Namun bahaya di pembelian di atas talian juga meningkat dan CyberSecurity Malaysia  mengesahkan tahun lalu kes melibatkan penipuan atas talian meningkat berbanding 2015. Sebanyak 3921 kes dilaporkan sepanjang 2016 berbanding  3257  pada tahun sebelumnya. Majoriti kes melibatkan pembelian barangan dalam talian dan phishing. Terdapat juga peningkatan penggunaan malware yang menggugat privasi serta maklumat pengguna.
Kepada pembaca yang gemar membeli barangan secara atas talian pastikan maklumat seperti nombor kad kredit hanya dimasukkan sekiranya terdapat sambungan secara https. Pada waktu yang sama jangan pantas gelap mata melihat tawaran barangan pada harga yang tidak masuk akal. Kes penipuan atas talian paling sensasi tahun lalu melibatkan penawaran iPhone 6S secara pukal yang melibatkan ribuan mangsa. Penipu semakin licik. Terpulang kepada pengguna untuk membijakkan diri dari diperbodohkan oleh mereka.


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kes Penipuan Atas Talian Meningkat Pada Tahun 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info