Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Mencuba Membawa Kedai Aplikasi Ke China Dengan Kerjasama Syarikat Tempatan Di Sana

Google sebelum ini telah beberapa kali cuba membawa kedai aplikasi ke China, tetapi sering gagal kerana beberapa polisi di negara berkenaan yang memerlukan kandungan yang ditawarkan melalui “pagar” tertentu. Kini, laporan baru hadir daripada The Information mengatakan Google sekali lagi ingin cuba melancarkan Play Store di China.

Google dikatakan sedang berusaha untuk bekerjasama dengan salah satu syarikat di China, iaitu NetEase bagi membolehkan mereka melalui pelbagai polisi yang ditetapkan.

Ia dikatakan masih pada peringkat yang sangat awal, dan mungkin perkara berkenaan tidak berhasil.

Di China, kandungan perlu melalui tapisan tersendiri, dan memerlukan akses kerajaan ke Play Store – salah satu perkara yang mungkin sukar untuk kebanyakkan syarikat internet. Sebelum ini, Apple telah melancarkan kedai aplikasi mereka di China, dan akur dengan polisi kerajaan di sana yang memerlukan pelbagai tapisan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Ingin Mencuba Membawa Kedai Aplikasi Ke China Dengan Kerjasama Syarikat Tempatan Di Sana"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info