Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar CPU AMD Ryzen Tertiris Di Arena Web

AMD dikatakan akan mengumumkan CPU AMD Ryzen di Game Developers Conference (GDC) pada 28 haribulan Februari kelak, akan tetapi, seperti biasa, kini gambar cip pemprosesan tersebut sudahpun tertiris ke arena web.

Laporan daripada VideoCardz kini memperlihatkan gambar-gambar CPU ini, yang mana hadir dengan penjenamaan Ryzen tertulis dengan terang di atas penyebar haba, selain daripada nombor bahagian dan nombor siri padanya.

AMD Ryzen

CPU AMD Ryzen ini juga ada tertulis “Diffused in USA, Made in China”, menandakan bahawa acuan cip pemprosesan tersebut dibuat di pusat fabrikasi Global Foundries yang baru di New York, dan kemudiannya dihantar ke kilang syarikat tersebut di China untuk dipakej menjadi cip pemprosesan yang lengkap.

Seperti biasa, kita akan mendengar lebih lanjut secara rasmi berkenaan dengan AMD Ryzen ini dalam tempoh sekitar seminggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Gambar CPU AMD Ryzen Tertiris Di Arena Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info