Facebook sebelum ini pernah menawarkan pengambil-alihan bernilai sekitar $3 bilion untuk Snapchat pada tahun 2013 yang lepas. Walaubagaimanapun, ia telah ditolak oleh pihak Snapchat. Sejak daripadanya, Facebook nampaknya menyerang Snapchat dengan mengintegrasikan fungsi yang lebih kurang sama dengan Snapchat ke perkhidmatan mereka, dan cuba membunuh Snapchat.
Bukan semua usaha Facebook mencapai kejayaan. Pengenalan aplikasi Poke dengan ciri seumpama Snapchat dilihat gagal mendapatkan perkhatian ramai, dan dibuang daripada kedai-aplikasi selepas beberapa ketika.
Terkini, langkah Facebook adalah mengintegrasikan fungsi perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam ke aplikasi popular mereka. Instagram Stories sahaja mempunyai lebih 150 juta pengguna setiap hari. Bergerak kehadapan lagi, kini WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook turut memperkenalkan sebuah ciri baru, dinamakan Status.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menyerang Snapchat Melalui Klon Fungsi Lebih Kurang Sama"