Pernah suatu ketika dahulu membeli pelindung skrin adalah perlu bagi mengelakkan skrin telefon pintar dari tercalar. Sejak wujudnya Gorilla Glass 4, kami rasakan tiada lagi keperluan membeli kerana kaca yang digunakan ini memang kalis calar walaupun diguris dengan kunci kereta. Namun masih ramai yang membeli pelindung skrin kerana sudah menjadi kebiasaan.
Masalah utama kami dengan pelindung skrin ialah gelembung udara ketika pemasangan. Ia merosakkan estetik peranti. Di Jepun robot duAro dihasilkan oleh Kawasaki bagi memasang pelindung skrin dengan sempurna. Tempoh melakukan pemasangan juga lebih pantas dari manusia. Selain memasang pelindung skrin, Kawasaki melihat masa depan duAro akan bekerja di kilang di samping pekerja manusia. Robot akan mengambil alih tugas manusia. Apakah pekerjaan yang akan tinggal untuk kita di masa hadapan?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "duAro – Robot Memasang Pelindung Skrin Telefon Pintar Oleh Kawasaki"