Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Super Mario Run Versi Android Akan Tiba Pada Bulan Mac

Seperti Pokemon GO, permua Super Mario Run mendapat sambutan luar biasa dari pengguna iOS. Ia dengan pantas mencecah 40 Juta muat turun di App Store. Tetapi tidak seperti Pokemon GO, kehangatan tukang paip katik ini tidak bertahan lama. Kehangatan aplikasi ini mungkin hanya akan kembali apabila ia tiba ke platform Android.

Akaun Twitter rasmi Nintendo baru sahaja mengesahkan Super Mario Run akan hadir ke platform Android pada bulan Mac ini. Bagi yang berminat pra-daftar sudah boleh dilakukan menerusi Google Play sejak Disember lalu. Mungkin dengan jumlah peranti Android yang lebih besar, jumlah pembelian permua ini akan meningkat. Terdapat laporan mengatakan hanya 3% pengguna iOS membeli Super Mario Run selepas mencuba secara percuma.

Pra-daftar untuk memuat turun Super Mario Run versi Android menerusi Google Play



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Super Mario Run Versi Android Akan Tiba Pada Bulan Mac"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info