Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SanDisk Hadir Dengan Kad Mikro-SD Yang Dioptimasikan Khusus Untuk Aplikasi

SD Association telah mengumumkan piawaian kad mikro-SD khusus yang dioptimasikan untuk penggunaan aplikasi, dinamakan sebagai App Performance Class 1 pada bulan November lepas. Kini lanjutan daripadanya, pada CES 2017, pihak SanDisk menjadi terawal memperkenalkan kad mikro-SD dengan sokongan dan piawaian tersebut.

SanDisk Ultra A1

Hadir dalam storan bersaiz 256GB, SanDisk menawarkan kad mikroSD yang bukan sahaja dioptimasikan untuk penggunaan aplikasi, tetapi juga untuk pemindahan video dengan pantas melaluinya.

Untuk menggunakan kelebihan kad mikro-SD yang dioptimasikan untuk aplikasi ini, pengguna perlu menggunakan peranti menjalankan Android 6.0 Marshmallow, dan memilih penggunaan Adaptable Storage – sekaligus membolehkan aplikasi dijalankan dan dibuka terus melalui kad mikro-SD.

SanDisk mengatakan ia akan mula dijual bermula bulan Januari 2017 kelak, pada harga sekitar $199.99 (~RM896).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SanDisk Hadir Dengan Kad Mikro-SD Yang Dioptimasikan Khusus Untuk Aplikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info