Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Live Mula Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Seluruh Dunia

Instagram hari ini telah mengumumkan pengenalan fungsi Instagram Live kepada semua pengguna seluruh dunia. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, dan mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk seseorang menerimanya.

Kami sendiri, daripada kemaskini baru telah menerima fungsi ini – memperlihatkan Instagram mula menawarkan fungsi siaran secara langsung melalui aplikasi mereka ini dengan meluas dan pantas.

Instagram Live

Melalui Instagram Live, ia membolehkan pengguna untuk membuat siaran langsung, dan video berkenaan akan hilang selepas tamat siaran langsung berkenaan. Seperti biasa, pengguna boleh berinteraksi dengan rakan-rakan dan pengikut mereka secara langsung dan menjadikan ia lebih sosial berbanding lain-lain. Aplikasi Instagram juga turut akan menghantar notifikasi kepada pengikut dan rakan-rakan ketika anda membuat siaran langsung.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menyemak sama ada anda sudah menerima kemaskini baru ini ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Instagram Live Mula Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info