Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Adalah Logo Mozilla Yang Baru

Sejak sekitar enam bulan lepas, pihak Mozilla telah memulakan pencarian rekaan logo baru dan telah mempertontonkan sejumlah rekaan konsep untuk logo baru mereka. Kini, selepas melalui beberapa fasa, akhirnya syarikat yang terkenal dengan pelayar web Firefox berkenaan telah pun mengumumkan logo baru mereka.

Mozilla

Logo baru Mozilla ini menggunakan gabungan penggunaan “://” yang terkenal dalam arena web ini (https://), dan digabungkan dengan mukataip yang dikenali sebagai Zilla. Muka taip ini ditawarkan secara percuma oleh mereka – selari dengan konsep sumber terbuka yang dipegang oleh syarikat Mozilla.

Melalui video ringkas, Mozilla turut memperlihatkan penggunaan logo baru dalam pelbagai produk dan peringkat – termasuk menggunakan huruf hanya “M” untuk beberapa tujuan, seperti favicon dan sebagainya.

Seperti biasa, perubahan ini hadir dengan pelbagai maklumbalas berbeza daripada pengguna seluruh dunia. Ada yang menyukainya dan ada yang tidak.

Bagi anda, adakah anda menyukainya ataupun sebaliknya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Adalah Logo Mozilla Yang Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info