Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Nokia Kembali 2017, Samsung Gear S3, Muat-Turun Netflix

Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru diumumkan, termasuk Samsung yang telah mengumumkan penawaran Gear S3 untuk pasaran tempatan, selain Oppo yang turut mengumumkan telefon pintar Oppo F1s edisi Ayda Jebat.

MediaTek pula pada minggu ini telah memperkenalkan dua cip pemprosesan baru berasaskan rekaan 20-nm, iaitu Helio X23, dan juga Helio X27. Sony dan Huawei pada minggu ini turut telah berkongsi mengenai penawaran Android 7.0 Nougat untuk peranti mereka.

Dalam arena web, Facebook telah memperkenalkan Instant Games bagi membolehkan para pengguna memainkan permainan HTML5 dengan mudah terus pada Facebook atau Messenger.

Selain Facebook, Netflix turut mencuri perhatian dengan memperkenalkan sokongan muat-turun dan memainkan siri televisyen dan filem tanpa memerlukan talian internet.

Dan akhir sekali, Apple dilihat bakal memperkenalkan sokongan paparan harga aplikasi dalam Ringgit Malaysia tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Nokia Kembali 2017, Samsung Gear S3, Muat-Turun Netflix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info