Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini Anda Boleh Mendapatkan Kad Prabayar PlayStation Network Melalui 7Eleven

7Eleven dan beberapa pasaraya sedia menawarkan sejumlah kad prabayar untuk perkhidmatan internet, termasuk untuk Facebook, WeChat, dan Spotify. Terkini, pihak Sony turut mengumumkan yang mana mereka telah turut menawarkan kad prabayar PlayStation Network di sejumlah pasaraya tempatan.

PSN Prepaid

Melalui kad prabayar PlayStation Network, ia memberikan akses kepada pengguna untuk membeli dan menikmati langganan PlayStation Plus sehingga 12 bulan atau kandungan dari PlayStation Store. Dengan membelinya, pengguna akan diberikan kod khusus yang membolehkan mereka menambahnya pada akaun PSN mereka, dan mendapatkan langganan digital melalui PlayStation Plus atau membeli permainan dan kandungan secara digital melalui PlayStation Store.

Kad Prabayar PSN ditawarkan pada harga antara RM100 atau RM250 yang boleh digunakan untuk membeli kandungan di PlayStation Store. Sementara untuk langganan PS Plus pula, ia ditawarkan dalam pilihan kad prabayar 3 bulan untuk RM43, dan 12 bulan untuk RM129.

Selain daripada di 7Eleven, pengguna turut kelak boleh mendapatkannya di Giant, Tesco dan juga Cosway.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Mendapatkan Kad Prabayar PlayStation Network Melalui 7Eleven"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info