Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Bakal Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Pada 12 Januari

HTC boleh dikatakan agak kurang memasarkan produk mereka berbanding pengeluar lain pada tahun ini. Berkemungkinan, salah satu sebabnya juga adalah kerana fokus mereka untuk arena realiti-maya, selain mungkin membangunkan beberapa produk lain yang masih kekal rahsia.

HTC U

Terkini, melalui laman Twitter mereka, HTC memperlihatkan mereka bakal mengumumkan sesuatu yang baru pada 12 Januari 2017 kelak. Apakah yang bakal diumumkan masih menjadi misteri, dan HTC menekankan kepada penggunaan huruf “U” – yang mana memberikan maksud “untuk anda”, tetapi berkemungkinan juga sub-jenama atau sesuatu yang baru.

HTC sendiri selain penawaran telefon pintar, mereka turut mempunyai peranti berhubung melalui apa yang mereka panggil sebagai HTC Re, sementara HTC Vive pula untuk realiti-maya. Jadi, apakah yang mungkin kita lihat daripada HTC pada 12 Januari ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC Bakal Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Pada 12 Januari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info