Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Duo 5.0 Hadir Dengan Penawaran Kualiti Panggilan Video Lebih Baik

Ingatkah lagi dengan aplikasi panggilan video satu-ke-satu yang telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Dinamakan sebagai Google Duo, kini nampaknya ia telah mencapai angka versi 5.0 – dan seperti biasa ditawarkan untuk Android dan iOS.

Google Duo

Melalui Google Duo 5.0, Google mengatakan mereka menawarkan penambah-baikkan kualiti video ketika panggilan, selain memudahkan lagi proses pendaftaran. Seperti ramai sedia maklum, Duo menggunakan pendaftaran menggunakan nombor telefon.

Disamping itu, kemaskini baru ini juga dilihat Google dalam persiapan untuk membolehkan pengguna membuat panggilan audio sahaja melalui Duo – sekaligus menjimatkan lagi penggunaan data, serta menarik lebih ramai pengguna menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iOS, anda boleh memuat-turun dan mencuba Google Duo ini hari ini.

Muat-Turun Google Duo untuk Android

Muat-Turun Google Duo untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Duo 5.0 Hadir Dengan Penawaran Kualiti Panggilan Video Lebih Baik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info