Apple mempunyai polisi melakukan gantian 1 dengan 1 apabila peranti pelanggan mereka mengalami masalah. Dengan polisi ini pelanggan tidak perlu menanti untuk peranti mereka diperbaiki dan terus mendapat peranti baru. Tetapi ramai pelanggan tidak tahu peranti baru mereka sebenarnya adalah peranti terkapai yang telah dipakej semula untuk kelihatan seperti tiba dari kilang.
Di Denmark mahkamah menetapkan bahawa Apple tidak boleh menggantikan peranti pelanggan yang bermasalah dengan sebuah peranti terpakai. David Lysgaard memfailkan saman terhadap Apple pada tahun 2011 selepas mendapat tahu iPhone 4 gantian beliau adalah terpakai. Menurut undang-undang pengguna Denmark, menggantikan peranti pelanggan dengan barangan terpakai tidak adil kepada pengguna kerana mengurangkan nilai jualan semula.
Beberapa kes yang di dalam situasi yang sama sedang menanti untuk dibicarakan di Amerika Syarikat. Menurut Apple tindakan mereka ini tidak salah kerana setiap peranti terpakai yang diberikan kepada pelanggan mempunyai kualiti seakan baru selepas dibaik pulih. Apakah pula pendapat anda? Adakah lebih baik menerima peranti terpakai segera atau menanti beberapa hari untuk peranti dimiliki diperbaiki?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilarang Menggunakan Peranti Terpakai Sebagai Peranti Gantian Di Denmark"