Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dikatakan Dalam Perbincangan Untuk Menawarkan Filem Seawal Dua Minggu Selepas Dilancarkan

Apple dalam usaha untuk terus memperluaskan perniagaan iTunes, kini dalam perbincangan bersama studio-studio di Hollywood untuk menawarkan akses awal untuk filem.

21 Century Fox, Time Warner, Warner Bros dan Universal Pictures dikatakan sedang melihat kepada penawaran menyewa filem dengan lebih awal selepas ia ditayangkan di pawagam. Beberapa sutido mengatakan mereka ingin menawarkan filem seawal dua minggu selepas ia ditayangkan di pawagam dan melihat untuk menggunakan iTunes sebagai salah satu pilihan.

Penawaran seperti ini sekaligus akan membolehkan iTunes mendapat kelebihan dalam arena penstriman filem yang semakin disertai ramai.

Kebiasaannya, studio Hollywood akan memberikan pawagam hak eksklusif sehingga 90 hari sebelum mereka menawarkannya dalam bentuk DVD atau secara atas-talian. Namun, dengan perkembangan penonton di pawagam yang tidak begitu memberangsangkan, studio perfileman kini melihat kepada beberapa arena baru untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Menurut ketua Warner Bros sendiri, penawaran filem dengan lebih awal boleh mengurangkan kadar cetak-rompak. Walaubagaimanapun, penawaran awal ini dijangka akan membawa kepada harga premium untuk setiap filem.

Pelbagai perkara juga turut akan diambil-kira sebelum penawaran ini berlaku – termasuk keselamatan platform dalam menawarkan filem berkenaan yang masih ditayangkan di pawagam – sama ada pengguna boleh merakam kembali dan mengedarkannya, serta beberapa perkara lain.

Seperti biasa, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus baru ini



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Dikatakan Dalam Perbincangan Untuk Menawarkan Filem Seawal Dua Minggu Selepas Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info