Apple mengumumkan program penggantian bateri iPhone 6S secara percuma hujung bulan lalu. Peranti yang dihasilkan di antara September dan Oktober 2015 mempunyai masalah bateri yang tidak dapat bertahan lama dan mati secara tiba-tiba. Sebab mengapa ia berlaku dikongsikan oleh Apple hari ini.
Menurut mereka komponen yang digunakan untuk menghasilkan bateri terdedah kepada udara terlalu lama. Ini mengakibatkan bateri mengalami penyusutan kemampuan menyimpan caj yang amat pantas. Kepada pemilik iPhone 6S, anda boleh menyemak sama ada peranti anda layak untuk menerima tukar ganti percuma menerusi laman khas Apple.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Berkongsi Sebab Mengapa Bateri Sesetengah iPhone 6S Bermasalah"