Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Menunjukkan Jumlah Perbincangan Dan Jawapan Kepada Tweet Dengan Lebih Teratur

Platform media sosial Twitter mempunyai tahun 2016 yang agak buruk. Ia gagal menemui pembeli kerana masalah perkauman, pembuli atas talian dan akaun palsu yang tinggi. Pelbagai fungsi baru diperkenalkan oleh mereka tahun ini bagi meningkatkan jumlah pengguna seperti pengenalan sistem sticker serta GIF beranimasi. Hari ini sebuah lagi fungsi baru diperkenalkan.

conversation-reply-twitter-1Fungsi Conversations menunjukkan jumlah jawapan yang diterima oleh sesebuah Tweet. Terdapat angka diletakkan bersebelahan butang reply di dalam aplikasi peranti pintar dan web. Pada waktu yang sama jawapan kepada Tweet kini disusun dengan teratur. Pembaca boleh melihat jawapan diletakkan di secara kronologi dan tertib mengikut aturan ia dihantar. Ini memudahkan pembaca mengikuti perbincangan yang berlaku.

Kesemua fungsi ini bagus tetapi majoriti pengguna Twitter masih menanti fungsi suntingan Tweet yang masih belum kunjung tiba.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Twitter Menunjukkan Jumlah Perbincangan Dan Jawapan Kepada Tweet Dengan Lebih Teratur"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info