Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Perkhidmatan Selular Untuk Galaxy Note 7 Di Australia Dihentikan Bermula 15 Disember

Berbulan telah berlalu sejak Samsung meminta pemilik Galaxy Note 7 untuk memulangkan peranti mereka atas sebab keselamatan. Tetapi terdapat ramai pengguna yang berdegil dan terus menggunakan peranti yang mempunyai masalah letupan rawak ini. Di Australia sokongan selular untuk Note 7 akan dihentikan bermula 15 Disember hadapan.

Samsung Galaxy Note 7Pemilik yang masih menggunakan Note 7 akan menerima notis penghentian sokongan ini bersama notis untuk memulangkan peranti kepada Samsung. Australia bukan negara pertama yang menghentikan sokongan selular. New Zealand terlebih dahulu melakukannya pada 18 November lalu. Adakah anda mengenai sesiapa yang masih tegar menggunakan Note 7 yang dimiliki mereka?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Perkhidmatan Selular Untuk Galaxy Note 7 Di Australia Dihentikan Bermula 15 Disember"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info