Ura-ura mengenai kewujudan OnePlus 3T telah kami laporkan minggu lalu. Ia merupakan peranti OnePlus dengan sedikit kemas kini spesifikasi dengan tiada perubahan mendadak dari segi rekaan. Pihak Qualcomm telah mengesahkan peranti ini menggunakan Snapdragon 821 mereka menerusi akaun rasmi Twitter mereka.
Something new from @OnePlus is on the way…and it’s powered by our #Snapdragon 821 processor. Stay tuned. http://pic.twitter.com/3jOyZFRQ5t
— Qualcomm (@Qualcomm) November 7, 2016
OnePlus 3T akan mengekalkan skrin 5.6″ tetapi menggunakan IPS LCD dengan resolusi QHD. Pemproses dinaiktaraf ke Snapdragon 821, RAM masih lagi 6 Gigabyte dan storan 64/128 Gigabyte. Kapasiti bateri juga dipertingkatkan ke 3300 mAH. Penukaran ke skrin IPS LCD mungkin dilakukan selepas berlaku masalah kekurangan stok skrin AMOLED menyebabkan OnePlus 3 mengalami masalah kelewatan diterima oleh pengguna. Acara pelancaran dijangka dilakukan 14 November hadapan di London.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Mengesahkan Peranti Terkini OnePlus Akan Menggunakan Snapdragon 821"