Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Permainan Menyerupai Minecraft Daripada Lego Ditawarkan Untuk Semua Bermula Februari 2017

LEGO sebelum ini telah memperkenalkan LEGO Worlds yang menawarkan permainan berbentuk dunia terbuka lebih kurang seperti Minecraft, membolehkan para pengguna untuk membina dan pada masa yang sama mengembara di dalamnya. Ketika pengenalan dulu, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan kini mereka mengumumkan ia bakal hadir ke pelbagai platform pada Februari 2017.

LEGO Worlds bukan sahaja membolehkan pengguna membina bangunan, tetapi juga turut membentuk watak, kenderaan, dan pelbagai makhluk lain dalam dunia maya berkenaan.

LEGO Worlds akan dilancarkan secara rasminya pada bulan Februari 2017 kelak, dan bakal ditawarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Permainan Menyerupai Minecraft Daripada Lego Ditawarkan Untuk Semua Bermula Februari 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info