Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mozilla Menawarkan Pelayar Web Firefox Focus Untuk iOS Dengan Fokus Terhadap Privasi

Mozilla merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pembangunan pelayar web. Terkini, mereka telah hadir dengan pelayar web baru khusus untuk pengguna iOS, iaitu Firefox Focus.

Firefox Focus memfokuskan kepada fungsi privasi ketika pengguna melayari web. Untuk tujuan berkenaan, Mozilla menyertakan beberapa perkara tambahan, termasuk menghalang sebarang jenis tracker, dan memudahkan pengguna memadam sesi pelayaran web mereka dengan hanya satu tap.

Firefox Focus

Selain hanya pada privasi, memandangkan pelbagai jenis tracker dihalang, ia juga turut menawarkan prestasi pelayaran web yang lebih baik berbanding dengan pelayar web yang lain.

Walaubagaimanapun, pelayar web ini juga turut mempunyai kekurangan tersendiri – sebagai contoh tidak menyokong multi-tab padanya.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turun Firefox Focus secara percuma dari AppStore hari ini.

Muat-Turun Firefox Focus untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mozilla Menawarkan Pelayar Web Firefox Focus Untuk iOS Dengan Fokus Terhadap Privasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info