Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Sites Diberikan Nafas Baru – Memudahkan Lagi Proses Pembangunan Halaman Projek

Google Sites merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Google dalam memudahkan para pengguna untuk membangunkan halaman web tanpa perlu mengetahui sebarang kod HTML. Google menyediakan perkhidmatan ini dalam usaha memudahkan pengguna untuk hadir dengan halaman ringkas untuk digunakan bagi sesuatu projek atau laman sesuatu pasukan.

Terkini, setelah sekian lama, Google telah pun memperkenalkan kemaskini dan nafas baru untuk Google Sites.

Google Sites

Google kini mengatakan pembangunan Google Sites adalah semudah pengguna membuat dokumen atau fail baru di Google Docs. Anda hanya perlu menambah gambar, teks, pautan dan sebagainya dengan mudah pada Google Sites.

Disamping itu, anda kini boleh mengintegrasikan pelbagai perkara daripada aplikasi Google lain terus ke Google Sites, termasuk Docs, Sheets, Drive, Calendar, Maps dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat dengan dalam pembangunan halaman web sendiri tanpa melalui langkah pengaturcaraan yang sukar, mungkin boleh mencubanya sendiri di Google Sites.

Layari : Google Sites



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Sites Diberikan Nafas Baru – Memudahkan Lagi Proses Pembangunan Halaman Projek"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info