Di hujung minggu kami gemar memaparkan berita yang lebih ringan berbanding hari-hari biasa. Hari ini mari lihat sebuah power bank dengan rekaan yang unik. Floppy Disc ialah seperti anda dapat teka dari namanya ialah sebuah power bank yang kelihatan seperti sebuah cakera liut.
Ia dilengkapi bateri sebesar 2500 mAh dengan satu sambungan USB-A. Ia kemudian boleh dicas semula menggunakan kabel MikroUSB. Malang sekali kepada yang berminat power bank rekaan medium simpanan data klasik ini dijual pada harga masih belum diumumkan. Pengecasan pantas juga tidak disokong kerana mengecas pada 5V 1A.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Floppy Disc – Power Bank Berbentuk Cakera Liut"