Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Menguji Fungsi Touch Bar Pada Mac Anda?

Apple telah memperkenalkan MacBook Pro baru pada akhir Oktober lalu dengan rekaan yang lebih nipis disamping menggantikan sambungan sedia ada kepada sambungan berasaskan USB Type-C. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kehadiran Touch Bar di bahagian atas keyboard MacBook Pro baru ini dengan kehadiran butang kawalan yang boleh berubah mengikut aplikasi.

Ia sesuatu yang menarik namun untuk mengujinya, MacBook Pro dengan Touch Bar ini masih tidak dijual secara fizikal di Malaysia, setakat ini. Sekiranya ia dijual juga, harganya pasti menyukarkan anda memilikinya dengan penawaran harga rasmi bermula RM7,599. Mujur ada pembangun yang ingin memudahkan orang ramai menguji fungsi ini melalui penggunaan aplikasi yang dinamakan sebagai Touché.

touch-bar-main

Memasang aplikasi Touché sangat mudah — apa yang anda perlukan adalah peranti Mac yang menjalankan macOS Sierra 10.12.1 dengan binaan 16B2657. Anda boleh mengenal pasti binaan macOS anda dengan menekan logo Apple di Menu Bar > About This Mac > dan klik pada “Version 10.12.1”. Sekiranya ia memaparkan binaan 16B2555, muat-turun dan pasang kemaskininya di sini.

Bagi anda yang telah sedia dengan macOS Sierra 10.12.1 dengan binaan 16B2657, muat-turun aplikasi Touché di sini dan kemudian, extract fail yang dimuat-turun pada folder Downloads. Seterusnya, drag aplikasi Touché ke dalam folder Applications dan double-click untuk membukanya. Paparan Touch Bar akan dipaparkan secara serta-merta tanpa sebarang proses pemasangan.

safari

predictive

facetime

Menariknya, Touché memberikan pengalaman Touch Bar yang sebenar yang anda boleh dapati pada MacBook Pro (2016). Bermakna, ia benar-benar berubah mengikut penggunaan aplikasi dan bukan sekadar memapaparkan paparan simulasi.

touch-bar-itunes

Untuk mengenali Touch Bar, ia terdiri daripada dua elemen, satu Control Strips — iaitu bahagian butang kawalan yang biasa terdapat pada butang F1-F12 seperti butang pelarasan suara, brightness, dan kawalan pencahayaan lampu pada keyboard. Elemen kedua pula ialah App Control — iaitu bahagian butang yang mampu berubah mengikut aplikasi.

touch-bar-explain

Senarai aplikasi yang menyokong Touch Bar masih terhad setakat ini yang mana keseluruhan besarnya boleh dicuba pada aplikasi Apple. Antara aplikasi Apple yang menyokong fungsi ini adalah seperti Messages, Photos, Calendar, Maps, iTunes, iMovie, GarageBand, Pages, Numbers, Keynote, dan Safari. Beberapa aplikasi pihak ketiga sudah juga turut mula menawarkan sokongan pada Touch Bar melalui aplikasi 1Password, Day One, Artistry Photo Pro, dan dJay Pro.

messages

Melalui percubaan awal, menggunakan Touché ini dilihat sangat responsif — butang App Controls terpapar secara pantas apabila membuat penukaran ke aplikasi yang menyokong fungsi Touch Bar. Beberapa aplikasi yang menarik untuk diuji adalah aplikasi Calendar dan Photos yang hadir dengan paparan butang berasaskan slider. Begitu juga pada aplikasi Messages, anda boleh menguji paparan emoji untuk digunakan ketika menaip mesej kepada rakan-rakan anda.

touch-bar-calendar

touch-bar-photos

Satu perkara yang menarik lagi, butang Touch Bar pada aplikasi Touché ini boleh diubah secara natif melalui halaman System Preferences > Keyboard. Pada bahagian “Touch Bar shows”, anda boleh menetapkan sama ada paparan App Controls, Control Strip atau kedua-duanya untuk dipaparkan pada antaramuka default Touch Bar.

touch-bar-settings-2

Untuk melalukan kustomasi dari segi susunan butang Control Strip pula, tekan pada Customize Control Strip. Ia akan membawa anda ke paparan seolah-olah “Launchpad” dengan pilihan butang yang ingin di bawa ke bahagian Touch Bar.

touch-bar-settings

Namun begitu, untuk menggunakan secara harian, ia dilihat kurang disyorkan atas penggunaan yang kurang praktikal melalui mouse dan touch pad. Kehadiran Touché lebih disyorkan untuk proses pengujian disamping membantu para pembangun untuk membangunkan antaramuka aplikasi berasaskan Touch Bar.

Bagi anda yang mempunyai Mac, aplikasi Touché adalah satu aplikasi yang sangat menarik untuk dicuba dalam memberikan idea bagaimana fungsi Touch Bar ini berfungsi. Ia ditawarkan secara percuma dalam membantu orang ramai mengujinya tanpa perlu menggunakan peranti MacBook Pro baru.

Muat-turun: Touché

Bonus: Anda juga boleh mencuba aplikasi Touchbar Nyancat untuk menguji keupayaan Touch Bar melalui aplikasi Touché ini.

nyan-cat

Muat-turun: Touchbar Nyancat



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Bagaimana Menguji Fungsi Touch Bar Pada Mac Anda?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info