Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Netflix Mungkin Hadir Dengan Sokongan Offline Menjelang Penghujung 2016

Netflix pada bulan April 2016 yang lepas telah mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menambah fungsi menonton video secara luar-talian pada perkhidmatan mereka. Kini, lanjutan daripadanya, desas-desus baru hadir mengatakan Netflix mungkin memperkenalkannya sebelum penghujung 2016 ini.

Sokongan menonton video tanpa internet merupakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai. Ini membolehkan pengguna memuat-turunnya terlebih dahulu pada peranti, dan kemudian menonton video tanpa gangguan ketika sedang bercuti, dalam kapal terbang dan sebagainya.

Netflix

Di Malaysia, iFlix sedia menawarkan fungsi ini melalui aplikasi mudah-alih mereka. iFlix mengehadkan kepada beberapa kandungan sahaja yang boleh dimuat-turun, disamping mempunyai had bilangan episod yang boleh disimpan.

Untuk Netflix, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah implementasinya kelak. Berkemungkinan pihak Netflix melakukan perkara sama – dan mengikut desas-desus, ia dikatakan akan diperkenalkan terlebih dahulu untuk rancangan terbitan mereka sendiri. Ia juga mungkin ditawarkan melalui aplikasi mudah-alih sahaja dengan format yang dikhususkan untuk aplikasi mereka bagi mengelakkan cetak-rompak.

Sebelum ini, Netflix turut telah memperkenalkan sokongan penjimatan data pada peranti mudah-alih dalam memudahkan lagi pengguna di negara-negara membangun menikmati perkhidmatan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Netflix Mungkin Hadir Dengan Sokongan Offline Menjelang Penghujung 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info