Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Bakal Umumkan Kerjasama Dengan Proton Tidak Lama Lagi

Hari ini, kerajaan telah mengalakkan golongan B40 untuk turut menyertai arena perkongsian pemanduan seperti Uber dan Grab. Lanjutan daripadanya, pihak Uber turut telah menyatakan persetujuan dengan pengumuman kerajaan, dan turut mengatakan mereka bakal mengumumkan kerjasama dengan Proton tidak lama lagi.

Kerjasama Uber dengan pengeluar kenderaan terkemuka dari Malaysia semestinya akan membawa perkhidmatan mereka setapak lagi kehadapan. Apatah lagi, akan mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia berbanding Grab. Apakah bentuk kerjasama yang bakal diumumkan masih menjadi tanda tanya.

Daripada pengumuman Belanjawan 2017, kerajaan memberikan peruntukkan khusus untuk mereka dalam golongan B40 untuk membuat pembelian kereta Proton Iriz. Kerajaan akan memudahkan pembayaran pendahuluan kenderaan menggunakan BR1M, selain turut menawarkan rebat sehingga RM4,000 untuk pembelian Proton Iriz.

Ia tidak diketahui lagi pengumuman pihak Uber dan Proton ini hanya akan mengkhususkan kenderaan Iriz sahaja, atau akan diperluaskan untuk beberapa model lain. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Uber Bakal Umumkan Kerjasama Dengan Proton Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info