Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tulisan Pada Panel Belakang iPhone 7 Jet Black Dilaporkan Mudah Tertanggal

Apabila diumumkan beberapa bulan yang lalu, iPhone 7 dengan rekaan Jet Black menjadi bualan ramai. Kemasan berkilatnya mengingatkan pengguna kepada rekaan Mac Pro yang kelihatan amat seksi. Tidak mengejutkan model Jet Black ini menerima sambutan luar biasa dan adalah yang terawal kehabisan stok termasuklah di Malaysia. Tetapi terdapat beberapa pemilik peranti kini merungut tentang masalah tulisan pada panel belakang yang mudah tertanggal.

Masalah ini berlaku kepada mereka yang menggunakan lapisan pelindung bagi mengelakkannya dari mudah tercalar. Apabila lapisan pelekat ditanggalkan, tulisan “iPhone” akan tertanggal sekali bersama dengan beberapa maklumat lain. Jadi kepada mereka yang sudah atau mahu memiliki model Jet Black anda diingatkan supaya jangan menggunakan lapisan pelindung.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Tulisan Pada Panel Belakang iPhone 7 Jet Black Dilaporkan Mudah Tertanggal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info