Menghasilkan peranti realiti maya ialah trend terkini pengeluar peranti Android sejak kebelakangan ini. Xiaomi hari ini melancarkan versi terkini Mi VR. Mi VR model terkini mempunyai sensor pengesan pergerakan terbina dan alat kawalan yang mengesan pergerakan dari 9 paksi. Sekilas pandang ia mirip sebuah PlayStation VR.
Mi VR boleh digunakan bersama Mi Note 2, Mi 5S, Mi 5S Plus dan Mi 5. Menurut Xiaomi mereka kini menawarkan 30 aplikasi realiti maya dan 500 video 360 darjah menerusi platform MIUI VR mereka. Harga jualan peranti realiti maya ini ialah RM199 (~RM 123) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Realiti Maya Mi VR Terkini Dengan Alat Kawalan Permainan Dilancarkan"