Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemproses Berkuasa Tinggi HiSilicon Kirin 960 Diumumkan

Cip pemproses HiSilicon Kirin 960 diumumkan hari ini. Ia merupakan cip pemproses terkini dan terpantas pernah dihasilkan oleh mereka setakat ini. Kirin 960 dilengkapi empat teras Cortex A73 dan empat lagi teras Cortex A53. Perubahan paling menarik ialah penggunaan cip grafik Mali-G71 MP8 yang menurut mereka adalah 180% lebih berkuasa berbanding Mali-T880 sebelum ini.

hisilicon-kirin-960

Teknologi 16 nm digunakan dalam penghasilan pemproses yang dipercayai akan digunakan pada Huawei Mate 9 kelak. Selain kemampuan grafik yang lebih tinggi, pihak Huawei mendakwa pelancaran aplikasi adalah jauh lebih pantas pada peranti yang menggunakan Kirin 960 berbanding iPhone 7 dan Galaxy S7.

Kirin 960 turut menyokong Cat 12 LTE dan dilengkapi ISP baru untuk kamera bagi memberikan kemampuan “seperti mata manusia”. Penjimatan penggunaan bateri turut diberikan penekanan. Dengan sistem terbaru sebuah peranti Kirin 960 boleh bermain aplikasi Pokemon Go selama 1.2 hari berbanding hanya sekitar 12 jam pada peranti lain di pasaran. Sejauh manakah kemampuan sebenar HiSilicon Kirin 960 ini hanya akan kita ketahui November ini.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pemproses Berkuasa Tinggi HiSilicon Kirin 960 Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info