HoloLens ialah peranti realiti maya dan AR yang dibangunkan oleh Microsoft. Tidak seperti peranti realiti maya lain, Holo Lens membenarkan dunia sebenar digabungkan dengan dunia maya. Limpid Armor ialah sistem head up display yang dibangunkan oleh sebuah firma Ukraine. Ia menggunakan sebuah HoloLens yang diubah suai bagi membenarkan penumpang kenderaan berperisai melihat menembusi tubuh kenderaan dengan pemandangan 360 darjah.
Kamera dipasang pada tubuh kereta perisai bagi memberikan pemandangan tanpa sekatan. Ini bukanlah sistem pertama yang menggunakan peranti realiti maya untuk membolehkan penumpang kereta berperisai dan kereta kebal melihat menembusi tubuh kenderaan. Sistem yang sama turut dibangunkan di Norway menggunakan Oculus Rift. Di Britain pula Battle View 360 dibangunkan oleh BAE Systems.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Limpid Armor – HoloLens Diubahsuai Untuk Memberikan Pemandangan 360 Darjah Menembusi Kereta Perisai"