Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Focus Untuk Chrome Membolehkan Anda Memfokuskan Kepada Kerja Dan Elak Membazir Masa Pada Web

Terdapat beberapa pemalam dan perisian yang memudahkan anda memfokuskan kepada tugasan, dan menghalang pelayaran beberapa web untuk seketika. Dengan konsep serupa, tetapi dengan beberapa pilihan tambahan, kini sebuah pemalam ditawarkan untuk Chrome, dinamakan sebagai Focus.

Focus Chrome

Focus membolehkan anda menambah pelbagai senarai tugasan untuk disiapkan, dan anda boleh mengaktifkan untuk membuat tugasan berkenaan. Seterusnya, bagi mengelakkan anda terganggu daripada pelbagai web dan internet, pemalam ini boleh diaktifkan dan ia akan menghalang anda melayari sejumlah web yang sering mengambil masa anda yang lama.

Anda boleh menetapkan sejumlah web yang dianggap menganggu untuk anda ketika pemasangan pemalam ini, dan ia akan menghalangnya ketika anda cuba melayari web berkenaan dalam waktu anda sedang “Focus”.

Focus Chrome

Bagi kami, pemalam ini sedikit menarik kerana ketika menghalang paparan web berkenaan, ia memaparkan mesej berkaitan senarai tugasan yang perlu anda lakukan. Disamping itu, anda juga turut boleh melihat log kerja anda, dan waktu anda “Focus” melalui tab khusus untuknya.

Untuk anda yang menggunakan Google Chrome, mungkin boleh mencuba pemalam ini hari ini.

Muat-Turun Focus untuk Chrome



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Focus Untuk Chrome Membolehkan Anda Memfokuskan Kepada Kerja Dan Elak Membazir Masa Pada Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info