Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mungkin Kelak Boleh Mengenal-Pasti Siapakah Yang Menggunakan Apple Watch

Pelbagai syarikat teknologi sering memfailkan paten untuk pelbagai perkara baru yang mungkin hadir ataupun tidak pada peranti dan penawaran mereka. Terkini, Apple dilihat telah memfailkan sebuah paten yang agak menarik untuk jam tangan pintar mereka, Apple Watch.

Melalui paten baru ini, Apple dilihat ingin menggunakan Apple Watch dalam mengenal-pasti seseorang pengguna.

Apple Watch -IMG_0995

Daripada paten Apple terbaru, mereka ingin menggunakan cahaya daripada sensor pada jam tangan pintar untuk mengenal pasti seseorang, terutamanya melalui vaskulatur pengguna (pembuluh darah). Pada awalnya data akan disimpan, dan seterusnya pada kemudian kalinya cahaya berkenaan boleh mengenal-pasti seseorang dengan membandingkan informasi yang terdapat berdasarkan data yang disimpan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih sekadar sebuah paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada Apple akan mengintegrasikannya ataupun tidak pada jam tangan pintar mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Mungkin Kelak Boleh Mengenal-Pasti Siapakah Yang Menggunakan Apple Watch"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info