Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZeptoExpress Dan Big Blue Taxi Bekerjasama Untuk ZeptoBlue – Tempahan Teksi Melalui Aplikasi

Tempahan teksi atau sesuatu pemanduan ke destinasi bukan sesuatu yang baru. Di Malaysia, dua perkhidmatan popular adalah Uber dan Grab, selain terdapat sejumlah aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan serupa. Terkini, ZeptoExpress turut menyertai arena sama melalui kerjasama mereka dengan Big Blue Taxi.

Perkhidmatan baru ini dinamakan sebagai ZeptoBlue, dan memudahkan pengguna membuat tempahan teksi biasa ataupun teksi eksekutif. Caj perkhidmatan melalui ZeptoBlue adalah sama seperti caj biasa, dimana teksi biasa bermula RM3, sementara teksi eksekutif bermula RM6.

Perkhidmatan baru ini diintegrasikan pada aplikasi sedia ada mereka, Zepto Express.

ZeptoBlue

Bagi anda yang tidak mengenali akan Zepto Express, ia sebelum ini dikenali dengan nama Posto Express – dan memfokuskan kepada penawaran tempahan penghantar barangan ke sesuatu lokasi. Menggunakan aplikasi ZeptoExpress, pengguna boleh membuat tempahan penghantaran barang ke sesuatu lokasi, dan penghantar barangan akan datang mengambil dan menghantarnya.

Dengan integrasi ZeptoBlue dalam aplikasi sama, ia memudahkan lagi pengguna untuk ke sesuatu destinasi tanpa perlu memasang aplikasi tambahan dalam telefon pintar mereka.

Muat-Turun ZeptoExpress untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "ZeptoExpress Dan Big Blue Taxi Bekerjasama Untuk ZeptoBlue – Tempahan Teksi Melalui Aplikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info