Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi 5 Extreme Dihasilkan Untuk Pasaran China

Xiaomi Mi 5 sudah dijual di Malaysia sejak Jun lalu. Peranti utama pada harga mampu milik ini mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna. Di China Xiaomi Mi 5 Extreme dihasilkan untuk mereka yang mahukan versi yang lebih berkuasa. Ia mengekalkan pemproses Snapdragon 820 tetapi dengan kelakuan 2.15 GHz berbanding 1.8 GHz pada versi standard.

Cip grafik  Adreno 530 kini berfungsi pada kelajuan 624 MHz berbanding 501 MHz sebelum ini. Akhir sekali kelajuan RAM 3 Gigabyte yang digunakan juga dipertingkatkan ke 1866 MHz dari 1333MHz. Tiada peningkatan diberikan kepada kapasiti bateri yang kekal dengan 3000 mAh. Versi ekstrem ini hanya boleh dipesan melalui laman GOME dan dijual pada harga RMB 1999 (~RM 1225) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 5 Extreme Dihasilkan Untuk Pasaran China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info