Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Smiling Car – Kereta Panduan Automatik Yang Tersenyum Untuk Membolehkan Pejalan Kaki Melintas Jalan

Kereta panduan automatik akan menjadi sesuatu yang normal sedekad dari sekarang. Pelbagai sistem panduan automatik dibangunkan dan digunakan oleh pengeluar kenderaan. Dengan adanya sistem seperti ini, pemanduan ke tempat kerja tidak lagi mendatangkan tekanan kerana kesesakan jalan raya. Perjalanan balik kampung juga akan menjadi lebih lancar kerana tiada kenderaan diperlahankan kerana mahu melihat kemalangan yang mungkin berlaku.

Tetapi pemanduan automatik tidak 100% sempurna. Sebagai contoh ia tidak mempunyai pemandu yang boleh memberikan isyarat kepada pejalan kaki untuk melintas jalan dengan selamat. Oleh itu sistem lampu Smiling Car dibangunkan oleh Semcon. Apabila ia berhenti di lintasan zebra, lampu pada kekisi hadapan akan kelihatan seperti tersenyum dan lampu kereta berkelip. Apabila ingin bergerak semula senyuman berubah kepada garisan rata.

Menurut kajian 80% pejalan kaki akan melihat wajah pemandu kereta sebelum melintas jalan raya. Ini bagi memastikan pemandu menyedari kehadiran mereka bagi mengelakkan diri dari digilis. Dengan ketiadaan pemandu atau pemandu tidak melihat ke hadapan di dalam kereta panduan automatik, sistem lampu Smiling Car diharap akan digunakan sebagai ganti interaksi ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Smiling Car – Kereta Panduan Automatik Yang Tersenyum Untuk Membolehkan Pejalan Kaki Melintas Jalan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info