Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 7 Baru Akan Mempunyai Logo Bateri Berwarna Hijau

Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum pemilik Samsung Galaxy Note 7 di Malaysia akan menerima unit gantian untuk unit dengan masalah bateri. Program gantian ini sudah bermula di beberapa pasaran lain dunia dan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan lebih banyak insiden yang tidak diingini berlaku. Kepada mereka yang menyimpan hasrat membeli peranti ini, kerisauan mungkin masih wujud.Bagaimanakah untuk mengenalpasti peranti dengan bateri yang selamat? Terdapat kebarangkalian peranti lama dijual oleh peniaga tidak beretika semata-mata untuk keuntungan.

note-7-bateri-hijau-2

Samsung dilaporkan akan menukar ikon tahap cas bateri Note 7 kepada warna hijau pada unit baru. Sebelum ini ikon ini diwarnakan putih. Perbezaan warna ini diharap akan memudahkan pengguna mengetahui peranti mereka adalah selamat digunakan. Pada waktu yang sama pelekat huruf “S” diletakkan pada kotak peranti baru. Pastikan anda menemui dua petanda ini sekiranya membeli Note 7 di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 7 Baru Akan Mempunyai Logo Bateri Berwarna Hijau"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info