Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelayar Web Brave Kini Turut Ditawarkan Dalam Pilihan Bahasa Malaysia

Brave merupakan salah satu pelayar web baharu yang dibangunkan oleh bekas CEO Mozilla, dan turut menawarkan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk melindungi data pengguna daripada pihak ketiga, selain memberikan pilihan kepada pengguna untuk menghalang iklan daripada dipaparkan ketika melayari web.

Brave ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan buat masa ini, dan masih tidak meluas digunakan lagi. Namun, komuniti disebaliknya agak aktif – termasuk di Malaysia.

Brave Bahasa Malaysia

Terkini, melalui versi pembangunan terbaru pelayar web berkenaan, ia dilihat Brave turut telah menambah sokongan bahasa Malaysia pada pelayar web mereka, sekaligus memudahkan lagi pengguna tempatan dalam menggunakannya dalam pelayaran web.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Brave hari ini, dan mengubah pada halaman tetapan untuk pilihan bahasa Malaysia – sekaligus mula menggunakannya dalam pelayaran web harian anda.

Muat-TUrun Brave untuk desktop



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pelayar Web Brave Kini Turut Ditawarkan Dalam Pilihan Bahasa Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info