Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Apple iPhone 7, Sony PlayStation 4 Pro, Honor 8 Malaysia

Minggu ini menyaksikan Apple mencuri perhatian ramai dengan pengenalan dua telefon pintar baru mereka, iaitu iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus yang hadir dengan sokongan kalis air, sokongan dwi-kamera, dan tidak lagi menyertakan port audio-jack.

Selain Apple, pihak Sony turut mencuri perhatian melalui pengenalan PlayStation 4 bersaiz lebih nipis, disamping hadir dengan PlayStation 4 Pro dengan sokongan paparan 4K dan HDR.

Di Malaysia, Honor Malaysia telah memperkenalkan Honor 8 di Malaysia, selain Fitbit dengan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan. Samsung pula telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menggantikan Galaxy Note 7 bermula daripada 29 September ini.

Dalam arena web pula, Twitter telah memperkenalkan sokongan paparan notifikasi mesej telah dibaca pada bahagian Direct Message – sementara Instagram pula telah membuang sokongan Photo Maps pada aplikasi mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Apple iPhone 7, Sony PlayStation 4 Pro, Honor 8 Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info