Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Logitech Mengambil-Alih Saitek Dalam Memperkukuhkan Penawaran Aksesori Mereka

Logitech agak aktif sejak daripada penjenamaan tempoh hari, dan hari ini mereka telah pun mengambil-alih salah satu syarikat pengeluar aksesori popular, iaitu Saitek.

Bagi yang tidak mengenali akan Saitek, ia merupakan pengeluar aksesori untuk permainan simulasi – seperti Microsoft Flight Simulator, Farm Simulator, Eve Valkyrie, Star Citizen dan sebagainya.

Saitek

Pengambil-alihan Saitek oleh Logitech ini sekaligus terus memperkukuhkan penawaran mereka dalam aksesori untuk segmen peminat permainan – apatah lagi dengan permintaan tinggi ketika populariti arena realiti-maya masa kini.

Pihak Logitech mengatakan mereka kelak akan mengintegrasikan produk Saitek ini didalam portfolio produk Logitech G mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Logitech Mengambil-Alih Saitek Dalam Memperkukuhkan Penawaran Aksesori Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info