GoPro telah memperkenalkan keluarga kamera aksi terbaru mereka, GoPro Hero 5 secara rasminya pada minggu lepas. Kini, berkongsi penawaran produk berkenaan untuk pasaran tempatan, pihak GoPro mengesahkan ia akan dijual bermula minggu hadapan, 3 Oktober 2016 di Malaysia.
Dua versi GoPro Hero5 akan ditawarkan, iaitu GoPro Hero5 Black dan juga GoPro Hero5 Session. GoPro Hero5 Black hadir dengan kamera 12-megapixel untuk rakaman pelbagai aksi lasak anda, dan dilengkapi sokongan penstabilan imej dan video. Menariknya, kali ini pihak GoPro turut menyertakan sokongan kalis air tanpa memerlukan pengguna membeli kerangka luar khusus. Sokongan kawalan berasaskan suara turut disertakan bagi memudahkan rakaman gambar.
GoPro Hero5 Session pula adalah sebuah kamera aksi bersaiz kecil tanpa panel paparan, dan menyertakan kamera 10-megapixel dan ciri-ciri seperti rakaman 4K, dan kebolehan kawalan berasaskan suara.
Di Malaysia, GoPro Hero5 Black akan dijual pada harga RM1849, sementara GoPro Hero5 Session pula pada harga RM1399.
Bercakap mengenai penawaran dron GoPro Karma untuk pasaran Malaysia, penjual rasminya, Funsportz mengatakan mereka tiada perancangan untuknya buat masa ini, dan akan berkongsi lanjut mengenainya dalam masa terdekat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera Aksi GoPro Hero 5 Akan Dijual Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan"