Fungsi 3D Touch diperkenalkan pada iPhone 6S. Dengan menekan ikon aplikasi tertentu, pengguna diberikan beberapa pintas untuk melancarkan fungsi tertentu aplikasi. Sebagai contoh dengan menekan ikon kamera, pilihan mengambil selfie, video, mengambil gambar dan video gerak perlahan diberikan. Pelancar Google Pixel nampaknya akan mempunyai fungsi serupa dipanggil Launcher Shortcut.
Ikon-ikon untuk launcher shortcut ditemui pada binaan terkini Pixel Launcher. Ia sebenarnya ditemui sebelum ini pada Android 7.1 Developer Preview tetapi kemudiannya dibuang. Ini menimbulkan spekulasi fungsi ini akan dikekalkan untuk versi seterusnya. Tidak diketahui bagaimana launcher shortcut akan diaktifkan. Tidak seperti iPhone 6S dan 7, peranti HTC Pixel/Pixel XL tidak dikatakan mempunyai skrin yang boleh mengesan tekanan jari. Setakat ini hanya beberapa peranti Android seperti Meizu Pro 6 hadir dengan skrin mengesan tekaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Pixel Launcher Mungkin Akan Menyokong Fungsi Seakan 3D Touch"