Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Kini Terjemah Bahasa Mandarin Dengan Lebih Baik Berbanding Sebelumnya

Google hari ini telah mengumumkan penambah-baikkan pada enjin terjemahan mereka, terutamanya untuk bahasa Cina (Mandarin). Kini, Google menggunakan sokongan Google Neural Machine Translation (GNMT) dalam usaha menawarkan terjemahan yang lebih tepat untuk sesuatu ayat.

Google mengatakan sebelum ini mereka membuat terjemahan untuk setiap perkataan terlebih dahulu – yang mana sering menghasilkan ayat yang sedikit pelik untuk dibaca. Kini, dengan penggunaan GNMT, ia melihat kepada keseluruhan ayat, dan memberikan terjemahan pada konteks yang lebih tepat lagi.

Google GMNT

Perkara ini sekaligus mengurangkan kesilapan ketika terjemahan, dan memberikan terjemahan yang lebih selari dengan apa yang ingin disampaikan oleh mesej asal.

Buat masa ini, ia hanya menyokong terjemahan daripada Inggeris kepada Mandarin dan mungkin kita akan melihat penggunaannya diperluaskan untuk pelbagai bahasa lain tidak lama lagi.

Seperti biasa, Google turut menekankan ia mungkin mempunyai beberapa kesilapan pada masa kini, tetapi mereka sedang melihat untuk terus menambah-baiknya dari hari ke hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Kini Terjemah Bahasa Mandarin Dengan Lebih Baik Berbanding Sebelumnya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info