Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fungsi Selular Sejumlah iPhone 7 Gagal Beroperasi Selepas Mengaktifkan Mod Kapal Terbang

Mod kapal terbang atau Airplane Mode merupakan salah satu ciri yang disertakan pada pelbagai telefon pintar, membolehkan pengguna memilihnya untuk mematikan pelbagai sokongan selular dan rangkaian yang terlibat pada peranti berkenaan.

Seperti biasa, selepas mematikan fungsi tersebut, peranti akan berhubung semula ke rangkaian selular serta-merta. Walaubagaimanapun, untuk sejumlah peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, ia gagal berlaku.

Menurut beberapa pengguna, peranti iPhone 7 mereka gagal berhubung kembali ke rangkaian selular selepas mematikan fungsi mod kapal terbang. Daripada info awal, ia dikatakan Apple mengarahkan beberapa pusat khidmat untuk reboot kembali iPhone berkenaan, ataupun sekiranya berterusan, pengguna perlu mengeluar dan memasukkan kembali kad SIM mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui penyebabnya – dan sama ada ia berkait dengan iOS 10 terkini ataupun masalah pepijat pada iPhone 7 sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Fungsi Selular Sejumlah iPhone 7 Gagal Beroperasi Selepas Mengaktifkan Mod Kapal Terbang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info