Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dikatakan Bakal Melancarkan Facebook Work Untuk Semua Pada Oktober 2016

Facebook pada tahun lepas telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan laman sosial mereka untuk pengguna perusahaan, dinamakan sebagai Facebook at Work. Ia sehingga kini masih ditawarkan dalam bentuk ujian tertutup sahaja, dan kini dikatakan akan dilancarkan untuk semua menjelang bulan Oktober kelak.

Facebook Work

Facebook at Work dilihat ingin memudahkan komunikasi pekerja dalam sesuatu perusahaan dengan mudah, menggantikan pelbagai medium komunikasi tradisional. Ia turut hadir dengan sokongan kolaborasi – dan boleh dikatakan sebagai pesaing untuk Slack daripada Facebook.

Platform ini juga turut mengasingkan akaun peribadi pengguna Facebook, menjadikan pengguna tidak terganggu dan tidak mengintegrasikan pelbagai hal peribadi dengan hal kerja.

Buat masa ini, harga langganan untuk Facebook at Work masih tidak diketahui lagi dan mungkin akan diumumkan ketika pelancaran rasminya kelak.

Layari : Facebook at Work



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Dikatakan Bakal Melancarkan Facebook Work Untuk Semua Pada Oktober 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info