Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BNM : Garis Panduan Fintech Untuk Institusi Kewangan Hampir Siap Sepenuhnya

Dengan perkembangan arena teknologi kewangan (fintech), salah satu peranan yang perlu dimainkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah menyediakan garis panduan yang selari dengannya. Terkini, bercakap mengenainya, BNM mengatakan mereka sedang pada fasa akhir dalam membangunkan kertas konsep untuk fintech.

Kertas konsep ini kelak akan menjadi garis panduan fintech untuk institusi kewangan. Ia akan melalui beberapa perbincangan lagi sebelum diumumkan dan diperkenalkan secara rasminya.

Perkembangan teknologi turut membawa inovasi pada arena kewangan, dimana melalui fintech, ia memfokuskan kepada menjadikan pelbagai gerakkan wang lebih efisyen, telus dan efektif. Kos yang berkaitan dengannya juga dilihat akan lebih rendah, sekaligus menambah-baik sektor kewangan awam dan juga swasta.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "BNM : Garis Panduan Fintech Untuk Institusi Kewangan Hampir Siap Sepenuhnya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info