Xiaomi Redmi Note 4 dilancarkan secara rasmi hari ini. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X20, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 13-Megapixel f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF. Bateri sebesar 4100 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port MikroUSB
Keseluruhan peranti diperbuat daripada sekeping logam. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada panel belakang. Seperti Mi 5, Redmi Note 4 menyertakan sokongan pemancar infra merah. Ini ialah fungsi yang tidak disertakan pada Redmi Note 3 sebelum ini. Tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu gelap diberikan. Harga untuk model 16 Gigabyte ialah RMB 899 (~MR 545) manakala versi 32 Gigabyte pula ialah RMB 1199 (~RM 727).
Artikel sedang dikemaskini
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Redmi Note 4 Dilancarkan – Diperkasakan Pemproses Helio X20"