Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Teksi Panduan Automatik nuTonamy Memulakan Operasi Di Singapura Hari Ini

Minggu lalu kami memaparkan berita Uber akan memulakan operasi kenderaan panduan automatik mereka pada penghujung bulan. Ini akan menjadikan mereka syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan kenderaan panduan automatik kepada pengguna. Nampaknya mereka telah dipintas terlebih dahulu oleh nuTonamy yang memulakan operasi teksi panduan automatik di Singapura bermula hari ini.

NuTonamy-2

Sebanyak enam kenderaan nuTonamy akan menawarkan perkhidmatan teksi elektrik terhad di One North. Kereta elektrik Renault Zoe dan Mitsubishi i-MiEV yang diubahsuai akan membawa penumpang di dalam kawasan perindustrian sebesar 2.5 batu persegi ini. Seperti Uber, perkhidmatan nuTonamy dilanggan menggunakan aplikasi peranti pintar. Syarikat ini bercadang menambah armada teksi panduan automatik mereka kepada 12 menjelang akhir tahun sebelum memulakan operasi ke seluruh Singapura menjelang 2018. Walaupun ia mampu memandu secara automatik, setiap teksi nuTonamy masih mempunyai seorang pemandu bagi tujuan keselamatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Teksi Panduan Automatik nuTonamy Memulakan Operasi Di Singapura Hari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info