Pada bulan Mac 2016 yang lepas, Samsung telah memperkenalkan storan SSD dengan kapasiti terbesar, iaitu 15.36TB yang ditujukan kepada pengguna perusahaan. Kini, selepas beberapa bulan, ia telah mula dijual pada harga mencapai $10,000 (sekitar RM40,000).
SSD (Solid State Drive) ini ditujukan kepada perusahaan yang sering terlibat dalam arena storan awan dan sebagainya. Ia membolehkan data diakses dengan lebih pantas, disamping pada masa yang sama tidak memakan ruangan yang banyak seperti penggunaan cakera keras biasa.
Samsung mengatakan ia dibangunkan dengan antaramuka SAS (Serial Attached SCSI) 12GB/s dan disasarkan untuk penggunaan storan perusahaan. Ia hadir dengan rekaan kompak bersaiz 2.5-inci – dan Samsung mengatakan ia boleh memuatkan hampir dua kali ganda cakera berbanding penggunaan cakera storan 3.5-inci.
Samsung berjaya memuatkan kapasiti storan sebesar berkenaan dengan mengabungkan 512 keping cip memori NAND 256GB. Samsung turut mengatakan ia turut hadir dengan sokongan perlindungan data dan perisian untuk mengembalikan data sekiranya terdapat gangguan bekalan elektrik.
Disamping storan SSD dengan kapasti 15TB, pihak Samsung turut mempunyai penawaran SSD pada saiz kapasiti yang berbeza, bermula daripada 480GB – yang mana ditujukan kepada pengguna perusahaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Hadir Dengan SSD 15TB Pada Harga Melangkaui RM40k"