Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 7 Dengan RAM 6 Gigabyte Dan Storan 128 Gigabyte Muncul Di China

Minggu lalu peranti Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan secara rasmi. Spesifikasi rasmi ialah pemproses Exynos 8890, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan sebesar 64 Gigabyte. Ini menidakkan beberapa ura-ura awal yang mengatakan Note 7 mempunyai RAM sebesar 6 Gigabyte. Ramai juga yang kecewa dengan spesifikasi yang diumumkan kerana buat masa ini Note 7 hanyalah sebuah S7 dengan skrin lebih besar, pengimbas mata dan stylus terbina.

Galaxy Note 7 6gb

Kepada yang mahukan S7 dengan spesifikasi lebih tinggi ini ada sedikit berita baik buat anda. Versi dengan RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte muncul pada laman perakuan peranti China TENAA. Ini mungkin bermakna ia turut akan muncul di pasaran di luar China di masa terdekat. Adakah peranti dengan RAM sebesar 6 Gigabyte keperluan ataupun sekadar gimik. Setakat ini hanya beberapa peranti di pasaran mempunyai RAM sebesar ini seperti OnePlus 3.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 7 Dengan RAM 6 Gigabyte Dan Storan 128 Gigabyte Muncul Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info