Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Profil Google+ Mungkin Tidak Diperlukan Lagi Untuk Menghantar Ulasan Di Play Store

Pada Google Play Store, para pengguna boleh memberikan ulasan terhadap sesuatu kandungan dan aplikasi, sama ada ia baik atau sebaliknya – selain menyertakan maklumbalas dan komen berkaitan dengannya. Sehingga kini, pengguna diperlukan mempunyai akaun Google+ untuk meninggalkan komen pada kedai aplikasi berkenaan.

Namun, bergerak ke hadapan, Google dijangka akan membuat perubahan padanya. Kelak, pengguna tidak lagi akan memerlukan akaun atau profil Google+ untuk meninggalkan ulasan atau komen.

Google Play Store Review

Perubahan ini telah dijangka sejak tahun lepas lagi. Google pada tahun lepas telah mula mengasingkan Google+ daripada YouTube, dan ia turut dikatakan ramai akan diimplementasikan pada pelbagai produk Google lain.

Perkhidmatan Google+ sendiri boleh dikatakan agak kurang popular dikalangan pengguna umum – membuatkan Google seperti kurang memfokuskannya berbanding beberapa perkhidmatan yang lain. Walaupun tidak dihubungkan kepada pelbagai perkhidmatan lain, Google+ masih beroperasi seperti biasa buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Profil Google+ Mungkin Tidak Diperlukan Lagi Untuk Menghantar Ulasan Di Play Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info